Selamat Hari Raya Aidiladha


Kepada yang balik kg terutama yg bawak kenderaan sendiri..hati2 di jalan raya...jgn bawak laju2..ingat biar lambat asal selamat...waspada ngan banjir...lembu kambing melintas...check keadaan umah seblm kuar umah...jgn makan masa raya smpi tak hengat..dan selamat berjumpa kembali di tahun hadapan...

Khalwat

Aku tertarik ngan isu di atas. Mutfti termuda di negara ini yg merupakan Mufti Perlis iaitu Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan bahawa sekiranya nk membuat tangkapan mesti la berdasarkan bukti yg sahih, bkn hanya berdasarkan intipan dan ianya disokong oleh Penolong Mufti Sabah. Tp Mufti Perak yg cukup kontroversi, Datuk Harussani & beberapa mufti lain tidak bersetuju. Datuk Dr Mashitoh plak kata, tangkapan yg dibuat seblm ini memang berdsrkan bukti yg sahih. Aku mungkin bersetuju ngan pandangan Dr Mashitoh, tp adakah beliau telah membuat penelitian yg menyeluruh seblm mengeluarkan kenyataan tu.

Kes 1.

Aku nk cerita mengenai pengalaman ditangkap khalwat yg aku alami sendri. Pd Awal Muharam 1426H, kami adik beradik nak buat famili gathering kt salah sebuah negeri di pantai timur. Jd kakak aku in-charge utk book hotel. Dia book 8 buah bilik di ** Beach Resort, sumenya atas nama dia. Oleh kerana adik ipar pompuan aku (adik hubby) nk ikut, so aku srh kakak aku book utk tripple bed la. So, bilik kami dpt room kt 1st floor, adik beradik aku sume grnd floor. Tp x pe la kan..sumenya mengadap ke laut.

Ptg aku smpi tu, kami kerap lepak kt bilik kakak aku sbb kt ground floor kan, anak2 sedara pun ramai. Tp bile aku naik ke bilik, tinggal lah aku/hubby/adik ipar tu. Agaknya ptg tu lg JAI* nih dh psg spy.

Mlm tu sdg kami tidur ngan lena sbb keletihan yg amat..ye la perjlnan jauh kan..tetiba pintu bilik kami diketuk smpi cam nk roboh. Masa tu lbh kurang kul 2.30 pg. Adik ipar aku terus jln ke pintu ngan mamai2 tu. Memula dia bukak tingkap je. Bila aku dgr bising2 tu, aku pun p la situ. Aku tgk ada 5 lelaki dewasa, ada yg berserban dan kelihatan mcm org alim. Aku panic pun ada sbb x penah lak kena cam nih.

Ketua kumpulan tu ckp mereka dr JAI* dan dpt maklumat bilik nih ada org bersekedudukan. Mintak buka pintu sbb nk check. Aku yg tgh mamai + panic + terkejut ngan rela hati bukak pintu. Hubby aku lak masih nyenyak tido. Aku kejut dia dia takmo bangun. At last Pak Haji tu kejut dia. Pak Haji tu srh kami tunjuk sijil nikah. Mana la aku terpk nk bwk. Aku pun p situ ngan satu famili besar. Aku dh terangkan kami ada family gathering kat sini. Mak bapak aku pun ada kt bawah. Tp Pak Haji tu x caye. Tp aku kalu bule mmg xnak kejut makbapak & adik beradik aku sbb aku pk mereka tu sume penat. Kalu bule setel, x yah le kejutkan diaorg. Laki aku dh hangin. Mtk IC aku laki bini & adik ipar aku. Soalan dia mmg menyakitkan hati aku. Tanya aku dh bape lama kawin. Aku ckp dah 6 thn aku kawin. Dia tanya aku, kalu dh kawin lama, mana anak aku. Kwn2 pk..patut tak sorang Pak Haji tanya soalan cam tu. Aku jwb le lom ada rezeki. Dia ingat kalu kawin aje mesti dpt anak ke. Tu sume rezeki Tuhan.

Pak Haji tu mcm memaksa kami srh mengaku kami berkhalwat. Akhirnya sorang saksi yg dia bawa bisik kt Pak Haji nih, dia caye kami dah berkahwin. Dkt 1/2 jam gak kami kena soal jwb.

Camne aku kata aku tak berapa setuju ngan kenyataan Dr Mashitoh tu :
1. Aku rasa spy JAI* tu tengok aku laki bini naik atas berdua dia syaki kami lom kawin. Ye la x de kanak2 yg ikut kami naik sekali. Pas tu main belasah report kata kami bersekedudukan.
2. Pas tu pg tu abg ipar aku tanya kt reception, JAI* tu tak check dulu ke guest list. Diaorg kata dah check & dh inform sume bilik tu satu famili, tp JAI* tu tak caye. (Ni yg aku x leh terima. Takkan la aku nk wat maksiat bwk mak bapak, adik bradik sume! Tak masuk akal betul.).
3. Kalu kami wat salah, tentulah salah sorang kami dah sembunyi, masuk bwh katil ke, terjun tingkap ke, panjat bumbung ke..Nih hubby aku syok membuta smpi kena kejut ngan Pak Haji tu.

Moral of the story dr story aku tu la:
1. Kepada kekwn yg lom wat kad nikah tu, buat la skrg & bwk p mana2.
2. Kalu kita tak wat salah, jgn bukak pintu utk org2 nih masuk, sbb kes akan jd lbh teruk.

Kes 2.

Kwn aku pun penah kena gak. Tp kwn aku nih kena tangkap dgn anak dia sekali. Yg makin aku tak paham, Pak Haji tu mtk tunjuk sijil lahir anak utk membuktikan anak tu anak dia. Tak ke name kurang asam tu. Kalu aku yg kena kt situ, ada aku terus wat report. Insulting sungguh.

Kes 3.

Beberapa bln lepas, pasangan wargaemas dr US yg beragama Kristian telah 'ditangkap khalwat' di kondo sewaan mereka di Langkawi. Pasangan tu x puasati, terus balik US. Hasrat mereka merancang nk jdkan Langkawi 2nd home terus cancel. Kan dh rugi negara.

Dan byk lg kes yg aku dh dgr. Cume x terlarat je nk menaip.

Camne Dr Mashitoh kata tangkapan dibuat berdasarkan bukti yang sahih. Mungkin sebab dia lom kena agaknya.

Banjir Oh Banjir

Skrg nih tiap2 ari ujan. Aku rasa mmg benar apa yg MB Johor kata. Fenomena luar biasa. Tak penah Johor banjir dgn sebegini dasyat. Hujan turun berterusan dr ari Sabtu smpi hari nih. Tp ari nih dh ok skit. Tak lbt lagi.


Bdr Segamat..abih dah...

Semlm daerah Segamat yg plg teruk dilanda banjir kt Johor nih. Kwn aku yg keje kt BCB Bank Segamat dah 3 ari x p keje sbb air dah naik sampai ke bumbung bank tu. Jambatan kt Chaah pun dh hanyut ntah ke mana. Gambar bwh nih site supervisor kt tmpt keje aku nih amik kt kg2 kt Muor nun..

Tanah runtuh kt mana2 ada. Bas tu pun dh terkawal agaknya..maklumlah..jlnraya licin..

Jln pun bule jd cam sungai dah..

Ari Selasa ari tu aku kuar opis kul 7pm & smpi umah kul 8.30pm. Cuba bygkan. Umah aku yg biasanya amik masa 10min drpd opis, disebabkan banjir luar biasa nih jd 1 jam setgh. Sume jln jam. Aku terpaksa cilok cilok jln. Masuk jln nih..kuar jln nih..Kalu x buat cam tu tak tau le smpi rumah kul bape. Tu lom lg yg duk P. Gudang. Aku dgr yg smpi umah kul 1 pg pun ada.

Aku yg sepatutnya ada training di HQ kompeni kt Melaka pd ari Rabu pun terpaksa dipostponekan. Nasib baik gak dipostponekan sbb aku dgr semlm hiway Jasin-Tangkak ditutup laluan sbb banjir la. Kalu dengar citer site supervisor & area manager aku citer lg sedih. Mcm2 citer ada. Bdr Bukit Kepong ditenggelami air. Sume org kumpul dkt kubur Cina. Makanan dihantar by helikopter.

Kwn aku yg dok kt Kota Tinggi lak, dia kata air terlalu cepat naik sehingga dia x dpt buat apa2. Dia sendiri dibawa arus kuar dr umah dia. Nasib baik umah dia berpagar. Jd tersangkut la dia kt pagar tu. Kalu tak, dia kata tak tau la apa nasib dia. Dia kata arus tu seakan2 berombak. Cam kt tepi laut lak. Memang dia x smpt selamatkan apa2 brg pun.

Ari nih kompeni aku beli beratus2 peket beras, gula, tepung, milo, susu, pampers etc utk diagihkan kpd mangsa banjir di beberapa pusat pemindahan banjir di Johor nih. Kami lebih suka utk membeli brg daripada menghulurkan wang ringgit sbb kami bimbang wang itu tak disalurkan kepada mereka yg sepatutnya.

Kalu kita pikir2kan balik semua kejadian nih, tentu ada hikmah yg kita tak tahu di sebaliknya. Hanya Dia saje yg Maha Mengetahui. Wallahualam...

Tension!!!

Ari ni ada 2 perkara berlaku ; 1 perkara yg menggembirakan & 1 lg yg hampeh.

Perkara yg menggembirakan ialah esok confirm bonus akan masuk setlh menunggu berkurun lamanya. Alhamdullillah, company performed well last financial year & proposal yg aku buat utk bonus diluluskan. Jadi...hoorey!!!!!

Tp yg hampehnya..ada le satu nama mamat nih camne la bule tercicir drpd dpt bonus w/pun dia entitle utk bonus kali nih. Prob aku kt sini payroll dibuat di HQ kami di Melaka. Bila aku tgk bank-instruction, aku tgk nama mamat ni xde lak. Apa aku nk ckp ngan mamat nih. Dah la mamat nih mamat yg plg bermasalah kt kompeni aku.

Tp kalu pikir2, memang la kesian kt mamat nih. Sume org akan dpt bonus esok..bule joli time cuti Krismas nanti. Dah la umah dia kena banjir fenomena luar biasa nih. Fenin2... Nk kata bkn kesalahan aku..mmg kesalahan aku gak. Sbb ari tu Payroll HQ dh suruh aku check. Tp aku cume check basic salary je. Yg tang bonus tu nape aku x check!!!!!!!! Hampeh gak aku nih.

Camne aku nak buat eik...

Yesssss!!!!!

Hari nih boring sungguh kt opis nih. Tetiba terpikir lak nak buat blog sendri. Nanti boleh la citer psl apa-apa la yg nak diciter. Asyik-asyik baca blog orang kan. So...aku dah tanamkan azam bahawasanya bermula hari ini akan ku update blog ini..

Testing la..

Testing..my 1st posting..see u then