Khalwat

Aku tertarik ngan isu di atas. Mutfti termuda di negara ini yg merupakan Mufti Perlis iaitu Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan bahawa sekiranya nk membuat tangkapan mesti la berdasarkan bukti yg sahih, bkn hanya berdasarkan intipan dan ianya disokong oleh Penolong Mufti Sabah. Tp Mufti Perak yg cukup kontroversi, Datuk Harussani & beberapa mufti lain tidak bersetuju. Datuk Dr Mashitoh plak kata, tangkapan yg dibuat seblm ini memang berdsrkan bukti yg sahih. Aku mungkin bersetuju ngan pandangan Dr Mashitoh, tp adakah beliau telah membuat penelitian yg menyeluruh seblm mengeluarkan kenyataan tu.

Kes 1.

Aku nk cerita mengenai pengalaman ditangkap khalwat yg aku alami sendri. Pd Awal Muharam 1426H, kami adik beradik nak buat famili gathering kt salah sebuah negeri di pantai timur. Jd kakak aku in-charge utk book hotel. Dia book 8 buah bilik di ** Beach Resort, sumenya atas nama dia. Oleh kerana adik ipar pompuan aku (adik hubby) nk ikut, so aku srh kakak aku book utk tripple bed la. So, bilik kami dpt room kt 1st floor, adik beradik aku sume grnd floor. Tp x pe la kan..sumenya mengadap ke laut.

Ptg aku smpi tu, kami kerap lepak kt bilik kakak aku sbb kt ground floor kan, anak2 sedara pun ramai. Tp bile aku naik ke bilik, tinggal lah aku/hubby/adik ipar tu. Agaknya ptg tu lg JAI* nih dh psg spy.

Mlm tu sdg kami tidur ngan lena sbb keletihan yg amat..ye la perjlnan jauh kan..tetiba pintu bilik kami diketuk smpi cam nk roboh. Masa tu lbh kurang kul 2.30 pg. Adik ipar aku terus jln ke pintu ngan mamai2 tu. Memula dia bukak tingkap je. Bila aku dgr bising2 tu, aku pun p la situ. Aku tgk ada 5 lelaki dewasa, ada yg berserban dan kelihatan mcm org alim. Aku panic pun ada sbb x penah lak kena cam nih.

Ketua kumpulan tu ckp mereka dr JAI* dan dpt maklumat bilik nih ada org bersekedudukan. Mintak buka pintu sbb nk check. Aku yg tgh mamai + panic + terkejut ngan rela hati bukak pintu. Hubby aku lak masih nyenyak tido. Aku kejut dia dia takmo bangun. At last Pak Haji tu kejut dia. Pak Haji tu srh kami tunjuk sijil nikah. Mana la aku terpk nk bwk. Aku pun p situ ngan satu famili besar. Aku dh terangkan kami ada family gathering kat sini. Mak bapak aku pun ada kt bawah. Tp Pak Haji tu x caye. Tp aku kalu bule mmg xnak kejut makbapak & adik beradik aku sbb aku pk mereka tu sume penat. Kalu bule setel, x yah le kejutkan diaorg. Laki aku dh hangin. Mtk IC aku laki bini & adik ipar aku. Soalan dia mmg menyakitkan hati aku. Tanya aku dh bape lama kawin. Aku ckp dah 6 thn aku kawin. Dia tanya aku, kalu dh kawin lama, mana anak aku. Kwn2 pk..patut tak sorang Pak Haji tanya soalan cam tu. Aku jwb le lom ada rezeki. Dia ingat kalu kawin aje mesti dpt anak ke. Tu sume rezeki Tuhan.

Pak Haji tu mcm memaksa kami srh mengaku kami berkhalwat. Akhirnya sorang saksi yg dia bawa bisik kt Pak Haji nih, dia caye kami dah berkahwin. Dkt 1/2 jam gak kami kena soal jwb.

Camne aku kata aku tak berapa setuju ngan kenyataan Dr Mashitoh tu :
1. Aku rasa spy JAI* tu tengok aku laki bini naik atas berdua dia syaki kami lom kawin. Ye la x de kanak2 yg ikut kami naik sekali. Pas tu main belasah report kata kami bersekedudukan.
2. Pas tu pg tu abg ipar aku tanya kt reception, JAI* tu tak check dulu ke guest list. Diaorg kata dah check & dh inform sume bilik tu satu famili, tp JAI* tu tak caye. (Ni yg aku x leh terima. Takkan la aku nk wat maksiat bwk mak bapak, adik bradik sume! Tak masuk akal betul.).
3. Kalu kami wat salah, tentulah salah sorang kami dah sembunyi, masuk bwh katil ke, terjun tingkap ke, panjat bumbung ke..Nih hubby aku syok membuta smpi kena kejut ngan Pak Haji tu.

Moral of the story dr story aku tu la:
1. Kepada kekwn yg lom wat kad nikah tu, buat la skrg & bwk p mana2.
2. Kalu kita tak wat salah, jgn bukak pintu utk org2 nih masuk, sbb kes akan jd lbh teruk.

Kes 2.

Kwn aku pun penah kena gak. Tp kwn aku nih kena tangkap dgn anak dia sekali. Yg makin aku tak paham, Pak Haji tu mtk tunjuk sijil lahir anak utk membuktikan anak tu anak dia. Tak ke name kurang asam tu. Kalu aku yg kena kt situ, ada aku terus wat report. Insulting sungguh.

Kes 3.

Beberapa bln lepas, pasangan wargaemas dr US yg beragama Kristian telah 'ditangkap khalwat' di kondo sewaan mereka di Langkawi. Pasangan tu x puasati, terus balik US. Hasrat mereka merancang nk jdkan Langkawi 2nd home terus cancel. Kan dh rugi negara.

Dan byk lg kes yg aku dh dgr. Cume x terlarat je nk menaip.

Camne Dr Mashitoh kata tangkapan dibuat berdasarkan bukti yang sahih. Mungkin sebab dia lom kena agaknya.

0 org dah komen da..: