Yahuuuuuuu!!!!!!!!

Finally, aku li gak hp. Wpun hp yg aku li nih bukan dlm list aku seblm nih, tp aku cukup puas ati ngan hp baru aku nih. Nokia 5610 xpressmusic. Best sgt.

Huaarrrrggghhhhh!!!!!



sedih sgt nih. due date dah nk smpi. handphone idaman kalbu aku lom dpt lg.

korang nak tau apa yg dh aku lakukn nk dptkn hp nih. last wk aku dh survey kt sume kedai hp kt kipmart seblh opis aku nih. so aku dpt le rega yg best. aku book la hp tu kaler itam sbb aku tgk kaler merah mmg x cun langsung. ptg tu amoi kedai tu call aku kata kaler itam xde, stok baru yg smpi sume kaler merah. aku ckp la kt amoi tu, aku bule tunggu smpi esok, kalu ada kale itam aku amik. soknye amoi tu call kaler merah gak yg ada. so ngan berat atinya cam ditimpa batu gemalai gajah, aku p semula kdai amoi tu amik balik wet deposit aku.

mlm td aku p holiday plaza, wat survey lagi. rega mmg x lwn le kdai pertama aku p tu. tp ok la gak. tp cam hubby dh bg 2nd thought lak. soh try model len lak. model yg cam dlm gambo ni lak.


aku dh belah bg dah. aku suke sgt model SE nih. jd mlm td abih survey masih x li lg. tengok la camne. hati aku ttp nk SE W910i. apa2 latest info, akan ku update nxt wk k.

Mission Possible



Objective / Target :
Sony Ericsson W910i
Target Date :
Latest by 27/01/2008
Action Plan :
1. Use own money
2. As 'birthday present' from beloved hubby

ps: Abg, mlm td dh termimpi2 pakai hp nih masa cuti thaipusam!!

Happy Birthday Papa

Assalamualaikum suami ku yg hebat ini
(The truth is..masih ramai lagi lelaki lain yang hebat di luar sana..hihihi)
Tapi dalam hati ku memang kau le yang paling hebat
Dan sesungguhnya tiada lelaki lain le yang lebih hebat darimu

Sebelum aku mengucapkan “I love U” pada mu
Nak jugak aku berkongsi dan meluahkan perasaan ku
Dan luahan ku ini adalah ikhlas dari hati sanubariku
Semoga ianya menambahkan eratnya kehidupan rumahtangga kita

Masa mula-mula berkenalan dan seterusnya bercinta denganmu
Aku rasa macam dunia ini kita yang punya
Best betul empat tahun zaman percintaan kita
Siap dengan episod cinta antara benua

Banyak halangan dan rintangan yang dihadapi
Tapi kita berjaya tempuhi segalanya
Kau banyak berikan aku dorongan dan sokongan
Walaupun kadangkala aku rasa cam tak kena

Tanggal 15.07.1999 kita ditunangkan
Dan pada 29.08.1999 pula kita dinikahkan
Bermulalah episod kita sebagai suami isteri
Terkedek-kedek kita belajar itu ini

Sepanjang tempoh perkahwinan kita
Aku dapati memang kau suami / anak / abang yang baik
Kau begitu menyayangi keluarga mu
Tapi kau tetap tak pernah mengabaikan aku

Aku amat bersyukur kepada Tuhan,
Kerana menganugerahkan suami yg tak reti keluar rumah dgn kawan
Apatah lagi keluar rumah tanpa aku
Sebab aku tau kau memang terlalu sayang kan aku
(tapi kadang2 aku boring gak sebab ke kedai depan pun kau nak bawak aku!)

Walaupun kau terlalu taksub dengan PS2 mu
Sampai kadang-kadang aku panggil 4-5 kali baru kau jawab seru
Tapi itu semua tak pe bagi aku
Asalkan kau sentiasa ada depan mataku

Orang kata sedangkan lidah lagi tergigit
Apatah lagi kite suami isteri
Tapi kau selalu memujuk ku
Suruh ingat ‘kesukaran waktu itu’

Rumahtangga kita kini semakin berseri
Dengan kehadiran cahayamata yang dinanti
Bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Mengetahui
Selepas segala rintangan dan dugaan kita tempuhi

Ku rasa ku patut akhiri ini
Yang sesungguhnya 'I LOVE U'
Ku sentiasa berdoa kepada Yang Satu
Semoga rahmatNya sentiasa melimpahimu


Happy 36th Birthday Papa…




..........from Mama & Danish



p/s: poem ni ikut main suke apa yang terlintas. Segala kesilapan grammar/structure harap dimaafkan....

Anak-anak Sedara ku...

hubby ada sepasang anak sedara. panggilan nama mereka abang & adik. abang tahun ni berumur 6 thn, adik lak umur 5 thn. dua beradik nih agak rapat dgn kami suami isteri. setiap kali abg & adik balik JB ataupun kami naik ke KL, kami pasti akan bawak mereka berjalan2. tempat yg mereka plg suka pergi 1-Utama & tmpt makan kesukaan McD. kalau x bwk mereka berjln2, rasa cam tak sah je..

layan kerenah mereka mmg menghiburkn tp kdg2 ada gak menguji kesabaran aku. tp nama pun budak kn..noti2 pun cute. weekend yg lps mereka balik ke JB. sempat la aku bwk mereka ke Tesco & Jusco kt Permas Jaya.

dua beradik nih mmg suka bertanya. kdg2 aku pun fenin nk jwb. ni antara perbualan aku & hubby ngan Abang..


Perbualan 1.

Abang : mak Long, nape kete papa, pak lang dan pak long tak boleh jadi robot?

Mak Long : sebab kete papa, pak lang dan pak long bukan autobot, dia x bole jd bumble bee..

Abang : ooooo...dia pun x bole jd optimus prime? camne dia nk jd optimus prime?

Mak Long : kita kena tukar enjin dia.

Abang : oooo..tukar enjin. enjin tu apa mak long?

Mak Long : ??????

Abang : pak long kenal x decepticon?

Pak Long : tau. dia ada megatron.

Abang : ha...abang tau megatron.


Perbualan 2

Pak Long : abang bile nk balik kl?

Abang : nape? pak long x suke abg balik jb ke?


ada satu ari tu, hubby bwk kete agak laju. tiba2 abang ckp...
"pak long, bawak kete hati2. jgn laju2. abang ada tengok kt tv. anda mampu mengubahnya..." aku nk ketawa ada gak..

ni antara gambo 2 beradik nih...




Boring

hujan renyai turun dr semlm smpi la ari nih. cuaca sejuk je. ari nih lak kt opis nih ramai staff yg cuti. almaklum le. budak2 stat sekolah ari nih. mak bapak pun masuk sekolah gak le gamaknye ari nih.


disebabkn kesunyian yg ketara kt opis nih n suhu yg lbh sejuk nih, menyebabkn bdn aku kekurangan oksigen yg ketara.tindakbalas dr tu, apa lagi...keje menguap je la aku. dh jd cam baby kt seblh nih. tp baby tu menguap comel je. aku menguap..cam PHSM terus.

tindakbls ke2 lak..meyebabkan urat2 bdn aku lemah, otak aku tepu, mata ku layu dan segala sendi aku susah utk digerakkan. alangkah bagusnye kalu bule lepak cam cat nih...



tp..aku kna keje. kalu x keje makin berlambak. silap2 terus kna kekurangan oksigen yg kronik. lg susah.

ish...merapu meraban lak aku. ari nih aku tinggalkn danish di bwh jagaan papa dia. mil admitted kt hospital since yesterday sbb ari nih dia nk kna wat engiogram. oleh krn aku baru je abis maternity leave awal minggu nih, adalah suatu yg x patut kalu aku mtk cuti lg. jd hubby saje la yg cuti. mcm mana pun, pg td seblm p keje aku dh siap mandikn danish. so papa dia kt umah sng le tinggal gantikn diapers je nnt. danish pun x susah jaga. asyik tido je.

ptg nnt, Insya Allah, aku akan ke hospital melwt mil. td aku call mil, dia kata x pasti lg pg atau ptg procedure tu dijlnkan. jd aku bercdg...ptg nih aku nk chow awal dr opis, singgah umah amik hubby n danish dan trus p hospital la.

k la. jap lg aku nk balik umah, tgk 2 beranak tu. sib baik umah aku 10 mnt je dr ops nih. smpt le kalu aku pecut jap.

jumpe di lain n3.

Tension!!!!

aku dh buat n3 baru. bile publish je terus ilang. hampes tul.

oleh kerana aku dh bengang, mls nk citer pjg. tatap la latest photo danish.

Naik Keje Dah...

ari nih ari ke3 aku dh keje semula. bile pagi je, mata ni bermasalah tul nk bukak. apa taknye. dh 2 bln aku melepak kt umah.rasa cam ada batu je kt mata nih yg beratnye Subhanallah..mmg berat. tp ku gagahkan jugak badan ku nih utk bangun demi mencari rezeki di bumi Tuhan ini. hihihi.

3 ari lps gak danish dh genap 2 bulan. dia dh pandai kna agah. kalu baring kaki dan tangan cam masuk pertandingan lumba basikal. x bule diam. sakit perut aku asyik kna tendang ngan kaki dia. siang mmg waktu tido dia, mlm lak waktu berjaga dia. memula dulu fenin gak pale aku bile waktu siang sbb bile dia tido siang aku ttp x leh tido, tp skrg dh biasa jd x senoneng lg dh pale aku.

danish pun bkn baby yg suka menangis, smpi ada kalanya untie & uncle dia kacau dia nk dgr suara dia menangis. siannya anak ku itu. kna injek doktor pun dia x nangis, beso kan mata lg ada.

nk menidokan danish mmg sng. kalu dia dh ngantuk sgt, tgh berangan sorang2 kira cicakman kt syiling umah pun dia bule tertido. aku mmg ingt xmo ajar dia pakai buai, tp ada seminggu ari tu dia susah nk tido. jd aku soh hubby beli buai. tp la nih buai tu jrg pakai sbb dia dh ok balik. kalu tido kt buai pun kejap2 dia terkejut2, gayat gaknye. bab menyusu mmg dia terror, mgkn budak lelaki kot. mmg kuat menyusu.

isnin lps gak bermula rutin baru dlm idup aku. danish aku hntr ke umah mil sewaktu aku keje. pg2 pas hntr danish, aku p breakfast ngan hubby n kemudiannya aku hntr hubby ke opis baru la aku ke tmpt keje aku. jd skrg aku kna kuar umah kul 7 pg plg lewat pun 7.15 pg compared to previous kul 7.45 pg pun smpt lg. aku masih bernasib baik sbb umah mil pun x jauh sgt dr umah aku lbh krg 15 min perjlnan n jln ke umah mil tu pun x jam. nk hntr danish utk dijaga jiran masih x smpi ati sbb dia masih kecik sgt. tgk la kalu dia dh beso sket, mgkn aku akan hntr gak. lg pun mak aku n mil mmg x bg hntr kt org lain.

aku lak walaupun berat bdn aku skrg sama ngan berat bdn sblm peknen, tp tgh berusaha utk mengempiskn perut aku yg buncit ini sbb ari tu aku bersalin secara c-sect. x bule pakai bengkung setkt pakai corset yg cam hampeh tu. aku ingt pas perut aku nih ilang ngilu ni aku nk pakai le slimming suit, ok tak? ahad lps aku baru mengurut, sdpnye kna urut ari tu. masa lps bersalin dulu bidan x bule urut bhg blkg bdn sbb x bule meniarap, tp semlm puas aku rasa seluruh bdn diurut.

aku rasa experience menjadi ibu ni mmg suatu experience yg x bule nk terkata nikmatnya. aku amat bersyukur Tuhan mengurniakan aku zuriat walaupun lama aku menunggu. apa2 skrg aku nk buat mesti aku akan ingt anak aku dulu.

k la. ni dia latest photo of danish haikal.