Happy Birthday Papa

Assalamualaikum suami ku yg hebat ini
(The truth is..masih ramai lagi lelaki lain yang hebat di luar sana..hihihi)
Tapi dalam hati ku memang kau le yang paling hebat
Dan sesungguhnya tiada lelaki lain le yang lebih hebat darimu

Sebelum aku mengucapkan “I love U” pada mu
Nak jugak aku berkongsi dan meluahkan perasaan ku
Dan luahan ku ini adalah ikhlas dari hati sanubariku
Semoga ianya menambahkan eratnya kehidupan rumahtangga kita

Masa mula-mula berkenalan dan seterusnya bercinta denganmu
Aku rasa macam dunia ini kita yang punya
Best betul empat tahun zaman percintaan kita
Siap dengan episod cinta antara benua

Banyak halangan dan rintangan yang dihadapi
Tapi kita berjaya tempuhi segalanya
Kau banyak berikan aku dorongan dan sokongan
Walaupun kadangkala aku rasa cam tak kena

Tanggal 15.07.1999 kita ditunangkan
Dan pada 29.08.1999 pula kita dinikahkan
Bermulalah episod kita sebagai suami isteri
Terkedek-kedek kita belajar itu ini

Sepanjang tempoh perkahwinan kita
Aku dapati memang kau suami / anak / abang yang baik
Kau begitu menyayangi keluarga mu
Tapi kau tetap tak pernah mengabaikan aku

Aku amat bersyukur kepada Tuhan,
Kerana menganugerahkan suami yg tak reti keluar rumah dgn kawan
Apatah lagi keluar rumah tanpa aku
Sebab aku tau kau memang terlalu sayang kan aku
(tapi kadang2 aku boring gak sebab ke kedai depan pun kau nak bawak aku!)

Walaupun kau terlalu taksub dengan PS2 mu
Sampai kadang-kadang aku panggil 4-5 kali baru kau jawab seru
Tapi itu semua tak pe bagi aku
Asalkan kau sentiasa ada depan mataku

Orang kata sedangkan lidah lagi tergigit
Apatah lagi kite suami isteri
Tapi kau selalu memujuk ku
Suruh ingat ‘kesukaran waktu itu’

Rumahtangga kita kini semakin berseri
Dengan kehadiran cahayamata yang dinanti
Bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Mengetahui
Selepas segala rintangan dan dugaan kita tempuhi

Ku rasa ku patut akhiri ini
Yang sesungguhnya 'I LOVE U'
Ku sentiasa berdoa kepada Yang Satu
Semoga rahmatNya sentiasa melimpahimu


Happy 36th Birthday Papa…




..........from Mama & Danish



p/s: poem ni ikut main suke apa yang terlintas. Segala kesilapan grammar/structure harap dimaafkan....

2 org dah komen da..:

rdeen said...

Pa tangkap leleh Ma! Semoga rumahtangga yg dibina & kehadiran Danish Haikal & inSyaAllah adik-adiks dia mengukuhkan ikatan kekeluargaan Pa & Ma. Amin! PS: I love u!

Ajzie said...

huhuhuhu... dah jadi pa n ma daaaaa...

aminnnnnn moga bertambah rezeki kalian...