19 & 20hb nih thn baru cina. teringat dulu di tmpt keje lama. setiap kali ada perayaan, kami di hr dept yg plg sibuk utk menghias sana sini. nk bangkitkan suasana perayaan di tmpt keje kononnya.
pengalaman menyambut perayaan semasa aku keje di sebuah kilang jepun berbeza dgn kilang US. kalu di kilang jepun, MD aku sibuk suruh kuarkan budget utk buat decoration. suasana perayaan mmg betul2 terasa walaupun perayaan tu disambut oleh agama minoriti kt kilang tu.
tp keje ngan kilang US lak, boss mmg suruh buat decoration gak, tp dgn minimal cost. poning kepalo den mikir nk buat camne. terpaksa guna byk brg recycle & memerlukan kreativiti masing2. tp walau bagaimana kecil pun budget, puashati ttp terpancar pd muka hr staff. ye la. sendri dh penat buat. tak cantik pun mesti kata cantik. huhuhu.
skrg nih dh keje ngan sykt bumiputera lak, langsung x de rasa suasana perayaan kaum lain. cume hari raye je la buat decoration sikit. tp keje ngan tmpt skrg nih lak, time nk raya, rezeki mencurah2 drpd kontraktor. kuih raya melambak2 smpi terpaksa sedeqah kt org. 1st year keje sini, aku x tau kontraktor akan bg kuih yg begitu byk bila dh nk tiba raye. aku dh siap2 order kuih raya dr kwn2. sekali tu nk raya..ha..amik ko..smpi x larat nk bwk balik. jd 2nd year raya kt sini, mmg aku x order apa2 kuih pun.
dah melarat lak aku bercerita. tujuan aku buat n3 nih sebnrnya hanyalah nak mengucapkan selamat bercuti sempena tahun baru cina nih. kalu nak balik kg tu berhati2 la ye dijlnraya. pastikan segala benda kt dlm umah yg nk ditinggalkan tu selamat ditinggalkan. seblm memulakan perjalanan tu, check la dulu kenderaan tu.
aku? cuti nih tak ke mana agaknya. tak tau la gak. sbb kwn hubby ajak p batu layar. balik kg? umah mak bapak aku kt pontian amik 1 jam je masa perjalanan dr sini. mil's lak cuma 10 min je dr umah aku. setiap minggu pun balik. jd program aku sepjg cuti nih adalah tgk tv & tgk tv & tgk tv..rilek je kt umah. bestnyeeee.
Selamat Bercuti
Ceritera Oleh Rinuda pada 12:46 PM
1 org dah komen da..:
Selamat menonton ler kalau gitu...hihihihi. Kat sini pun cuti gaksss.. fastnatch..gitu..tp meka pangiil rossen montag..
Post a Comment