Tak paham tul la....

aku sebnrnya tgh hangin ngan sikap sesetgh HOD kt sini. aku x paham la, depa nih paham ke idak cara camne nk maximise guna staff depa nih.

aku amik cth sorang dept head yg aku bule kategorikan dia dlm kaum sengal. dia nih finance nye HOD. spt yg aku bgtau dulu, bisnes kompeni aku adalah road maintenance. utk johor branch nih kecik je. kami ada la dlm 30 subkon. staff lak ada 36 org je. drpd 36 org staff tu, fin dept je 6 org. x ke kelakar la aku rasa.

aku penah keje ngan kompeni jepun dgn 1500 employees, hundreds of suppliers, tp finance dept cuma 8 org je. kompeni US yg aku keje dulu pun lbh krg 1300 employees, pun hundreds of suppliers, finance staff 8 org gak.

yg lg menghairankan aku, setiap org kt finance dept kompeni aku ni setiap hari OT. plg cpt balik kul 8.30 mlm. kdg2 smpi kul 1 pg pun ada. ari sabtu ahad pun kna dtg. masa fin dept cuma 3 org, depa ot tiap2 ari. bila aku tny nape ot tiap2 ari, depa kata x cukup org. pas tu aku masukkan 3 org lg, ot makin bertambah lak. sepatutnya pd aku ot berkurangan, sbb org dh bertambah.

on day 1 aku stat keje kt kompani jepun tu, aku dh diberitau. "If u r working more than normal working hours, means that u r inefficient". aku mmg setuju tul. aku mmg jrg ot kecuali kalu betul2 ada benda urgent baru aku akan ot. mmg x efficient langsung kalu setiap ari kena ot. aku kdg2 tny budak2 tu apa diaorg buat masa ot tu. diaorg ckp kdg2 xde wat apa2 sbb xde keje, tp boss srh stay. budak2 finance nih selalu ngadu gak kt aku, depa nih kdg2 xde keje pun kena stay. tp depa nih x bule nak bantah sbb boss depa tu garang mengalahkan singa nk mengawan.

ari nih HOD tu mtk masukkan sorang lg mgt trainee kt dept depa tu. aku apa lg hangin la. aku ckp kt boss aku kt melaka nape nk masukkan sorang lg. bkn depa sume tu buat keje betul2 masa working hours. bkn apa, aku selalu nmpk budak2 ni byk ym ngan sesape ntah time keje. jd bakpe nk tambah org lg..pas tu nnti org tu masuk kna ot lak. boss aku pun 1 hal gak, dia p ckp kt HOD fin tu, "Rinuda kata ur dept dh terlbh org, smpi org x de keje.' dia p siap question my boss, "Who is she to question about my staff." ceh..berlagak...

pada aku, tahap otak kita bekerja 1 ari cume bule berthn dlm 12 jam je. kalu dh ot smpi kul 1 pg tu, aku rasa otak kita otomatik dh tingat tmpt zzzzzzzzzzz. dan yg plg aku concern ialah psl budget aku. kalu aku main masukkan je org, nnti KRA/KPI aku x achieved, sape yg susah? aku gak. aku gak nnt x dpt bonus/increment. btul tak?

lg satu aku pun risau kalu budak2 finance ni lama2 jd cam org yg kt bwh nih....nnt sape yg susah...meke dan kuarge meke..kuangkuangkuang..

Friday Breakfast



Dari Umar Ibnul-Khattab r.a.,

katanya : Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di dalam majlis itu seorang lelaki yang berpakaian serba putih, berambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua peha Rasulullah SAW, lalu berkata :

Si pemuda : Khabarkan aku tentang Islam?

Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana.

Si pemuda : Benar katamu.


(Berkata Umar r.a. : Kami merasa hairan kepada tingkah laku si pemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya)

Si pemuda : Khabarkanlah kepada ku tentang Iman?

Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-malaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya.


Si pemuda : Benar katamu! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan?

Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau.


Si pemuda : Khabarkan padaku tentang hari Kiamat?

Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya.

Si pemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya?

Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri; apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, penggembala kambing (berbangga) membina bangunan yang tinggi-tinggi.

Kemudian beredar keluar si pemuda itu dari majlis tersebut.


Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal aku tadi?

Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui.

Rasulullah : Itu Jibril a.s. yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu.

- Hadith Riwayat Muslim

Aktiviti Wiken

ari jumaat yg lps, seawal jam 6.30 pg aku dah stat idupkan enjin kete dan terus pecut ke ayer keroh, melaka. tujuan ke sana ada lah meeting (i hate meeting!) & utk 1/2 day refreshment trg on disciplinary procedure. so, smpi opis melaka kul 8.30pg. meeting yg dijadualkan stat kul 8.30pg delayed smpi kul 9pg (dah agak dah...).

then kul 11pg ada brainstorming session. ntah apa yg aku brainstorm kan ari tu pun aku dh x hingat. training ptg tu ok le. sebaik je sudah abis training dlm kul 5 ptg cam tu, aku pun p check-in kt MITC Ancasa Hotel. hotel nih dpn opis tu je. lepak2 smpi la lps magrib, kwn2 opis melaka call nk belanja dinner. yahoooooooo... depa bwk mkn kt d'nangka restoren. walaupun aku yg drive mlm tu, tp kalu kwn2 srh aku citer kt mana lokasi restoran nih, maaf la ye. mmg aku x ingat.

de nxt morning (sabtu) ada qit (quality improvement team) presentation. aku mmg hangin tul kt diri aku masa nih. apa taknye. aku bwk camera tp SD kad nye tersalah bwk. cuma bwk yg 16 mb je. yg tertinggal 2 gb nye. jd mmg x amik gambo apa2 pun masa presentation tu. hampeh tul aku nih.

lps group aku present, aku pun trus pecut balik, lbh krg 12 tghari le. smpi jb dlm kul 2. ptg tu aku terus balik umah bapak mertua aku sbb jab pelajaran ada order 400 biji muffin utk majlis pengumuman result spm. tlg dia packing.

ari ahad oleh kerana aku dpt notis tnb akan buat kerja2 maintenance, so umah aku dijadualkan x de elektrik 1 ari, jd aku laki bini plan balik kg. lgpun adik beradik aku yg kt seluruh msia tu nk balik. jd lepak le aku bersama suku sakat aku dkt 1 ari. ptg baru balik jb semula terus direct ke umah mak mertua aku. lyn anak sedara hubby a.k.a Mr R lak. oleh kerana favourite football team Mr R..chelsea nk lwn hotspur mlm tu, jd terpaksa memendekkan masa bersama anak sedara dia. belikan cd ultraman, terus nk balik umah. ajak mkn mcD pun x tau. taktik berjaya.. hihihi..
mlm temankan Mr R tgk bola..nasib baik chelsea seri..kalu tak hampeh je temankan dia. hihihi.

Job Interview???



utk pengetahuan semua, aku skrg bekerja di hr dept. drpd aku grad thn 97 smpi la nih aku kt hr. tugas utama aku ialah buat recruitment / staff c&b / disclipine. kt kompeni skrg nih ada buat sket admin. apa yg aku nk citer ari nih ialah pengalaman aku dlm recruitment utk fresh graduate.

utk recruitment nih, kdg2 aku rasa dh letih dh menginterview org terutamanya bile jumpa candidates yg bule menaikkan darah aku. tp kekdg lak aku rasa hepi sgt dgn keje aku nih. mcm2 kerenah manusia yg bule kita jumpe.

nih aku bg simple tips utk adik2 yg nk p interview (kira tips utk fresh grads la) :

1. buat persediaan. persediaan nih byk benda yg nk kena tgk. dr segi appearance. kalu nk p interview utk engineer/executive/what ever, p la ngan bergaya. kdg2 ada candidate yg p dgn muka yg baru bangun tido, rambut pun kering x berminyak, baju x bergosok. adeeehhhh. lemah interviewer nk interview deq non...

2. pas tu sblm p interview tu kna la studi background company tu. jgn main redah je p. bila tanya psl company, jawapan standard x sempat, x penah dgr, umah x de internet & mcm2 lg. jwpn cam nih dh menunjukkan candidate tu x berminat & x de initiative sendri.

3. buat la homework, soalan apa yg biasa ditanya masa interview. carik kt internet. pas tu pk kan jawapan yg sesuai dgn kita. ada setgh2 candidate, mmg buat homework nih. tp jawapan bkn berdasarkan kesesuaian diri dia. dia p hafal jawapan dlm internet tu. pas tu bila soalan sama ditanya, jwb separuh, lupa yg dihafal...hancusss.

4. pastikan sijil2 original sume dibawa. kalu bule siapkan ngan salinan sekali walaupun masa call for interview tu, employer x mention pun srh bwk salinan. & lagi satu, ini yg plg aku tak suka sebnrnya. p interview x bwk pen. aduuusssss..kena la pk. tiap kali interview tu mesti la nk kena isi application form dulu. setgh2 kompeni lak, nk kna wat test. so pen ni mmg la penting. alahai...

5. cuba la praktis kt umah dulu cara interview. x kira la srh kwn/abg/kakak/parents jd interviewer ke, ataupun cakap sendri dpn cermin. tgk camne gaya kita masa interview tu. cakap tergagap2 ke, gigil ke. praktis selalu. practice make perfect. jd bila smpi masa interview tu, confidence level mesti lbh baik sket drpd x de practice langsung.

6. bukan nk mengutuk, tp ini kisah benar. kebykan jawatan skrg memerlukan bertutur dlm english yg baik. tp apa yg berlaku skrg nih kebykan graduate x leh bertutur dlm bhs tu. aku nye english pun bkn le baik sgt, tp kna berani bercakap. grammar blkg citer. sbb aku tgk pun kalu aku interview bersama ngan bosses aku, diaorg nye english pun ada yg main taram je.

7. satu lg utk fresh grad, jgn demand psl salary. sbb xde xperience. yg ada hanya lah sehelai kertas sijil sebg pre-qualification for the position. kekdg ada candidate jwb dia nk gaji beso sbb dia ada keter/motor nk kena byr, nk kena sewa umah, nak byr utang ptptn. employer tak berminat nk dgr sume tu & sestgh employer lak akan buat perception bahawa candidate tu akan bwk burden kpd kompeni & pd masa akan dtg akan sentiasa demand for higher salary.

8. setgh2 soalan yg ditanya kekdg nmpk cam remeh atau irrelevant. tp pd sestgh interviewer soalan cam tu mmg begitu penting. sbb soalan itu akan mempengaruhi interview result. kita kena la pandai manipulate sket. jujur mmg bagus, tp kekdg menipu sikit ada la lebih baik. cthnya : do u've gilfren/boifren? when u'll get married? pd kita apa hal lak nk tny aku ada boifren/gilfren. tp cam kompeni yg operationnya sentiasa urgent, benda ni mmg penting. cthnya kompeni aku skrg. road maintenance. saturday/sunday or even public holiday selalu ada emergency call. so kalu ada boifren/gilfren, pas tu interview tu siap citer detail nak kawin, nmpk cam mabuk kepayang, mmg employer x nk amik. sbb takut bila kna emergency call, x dpt dtg sbb tgh berendud. oleh itu, selagi bule cover, cover la sebaiknya. tp jgn smpi terbelit diri sendri lak nnti.

p/s : pg td sebnrnya aku baru lps interview beberapa fresh graduate yg buat aku hangin 1 bdn. sbb tu kuar n3 nih...

My Mom's Flowers

wiken ari tu aku balik pontian. dh lama gak x balik. lbh krg sebulan. masa balik ari tu sempat lak amik gambo bunga2an yg mak tanam. mak mmg suka tanam bunga. kalu pagi2 call dia tak berjawab, maknanya dia tgh menyiram pokok bunga dia la. dia bg minum pokok bunga dia 2X 1 ari, pagi & ptg.

gambo kt bwh nih antara bunga yg mak tanam. nama2 bunga tu aku tak tau plak.







yg ni lak sekitar umah mak.