Finally, aku li gak hp. Wpun hp yg aku li nih bukan dlm list aku seblm nih, tp aku cukup puas ati ngan hp baru aku nih. Nokia 5610 xpressmusic. Best sgt. 
Yahuuuuuuu!!!!!!!!
Ceritera Oleh Rinuda pada 5:32 PM 2 org dah komen da..
Huaarrrrggghhhhh!!!!!

sedih sgt nih. due date dah nk smpi. handphone idaman kalbu aku lom dpt lg.
korang nak tau apa yg dh aku lakukn nk dptkn hp nih. last wk aku dh survey kt sume kedai hp kt kipmart seblh opis aku nih. so aku dpt le rega yg best. aku book la hp tu kaler itam sbb aku tgk kaler merah mmg x cun langsung. ptg tu amoi kedai tu call aku kata kaler itam xde, stok baru yg smpi sume kaler merah. aku ckp la kt amoi tu, aku bule tunggu smpi esok, kalu ada kale itam aku amik. soknye amoi tu call kaler merah gak yg ada. so ngan berat atinya cam ditimpa batu gemalai gajah, aku p semula kdai amoi tu amik balik wet deposit aku.
mlm td aku p holiday plaza, wat survey lagi. rega mmg x lwn le kdai pertama aku p tu. tp ok la gak. tp cam hubby dh bg 2nd thought lak. soh try model len lak. model yg cam dlm gambo ni lak. 

aku dh belah bg dah. aku suke sgt model SE nih. jd mlm td abih survey masih x li lg. tengok la camne. hati aku ttp nk SE W910i. apa2 latest info, akan ku update nxt wk k.
Ceritera Oleh Rinuda pada 11:57 AM 0 org dah komen da..
Mission Possible
2. As 'birthday present' from beloved hubby
Ceritera Oleh Rinuda pada 2:17 PM 0 org dah komen da..
Happy Birthday Papa
(The truth is..masih ramai lagi lelaki lain yang hebat di luar sana..hihihi)
Tapi dalam hati ku memang kau le yang paling hebat
Dan sesungguhnya tiada lelaki lain le yang lebih hebat darimu
Sebelum aku mengucapkan “I love U” pada mu
Nak jugak aku berkongsi dan meluahkan perasaan ku
Dan luahan ku ini adalah ikhlas dari hati sanubariku
Semoga ianya menambahkan eratnya kehidupan rumahtangga kita
Masa mula-mula berkenalan dan seterusnya bercinta denganmu
Aku rasa macam dunia ini kita yang punya
Best betul empat tahun zaman percintaan kita
Siap dengan episod cinta antara benua
Banyak halangan dan rintangan yang dihadapi
Tapi kita berjaya tempuhi segalanya
Kau banyak berikan aku dorongan dan sokongan
Walaupun kadangkala aku rasa cam tak kena
Tanggal 15.07.1999 kita ditunangkan
Dan pada 29.08.1999 pula kita dinikahkan
Bermulalah episod kita sebagai suami isteri
Terkedek-kedek kita belajar itu ini
Sepanjang tempoh perkahwinan kita
Aku dapati memang kau suami / anak / abang yang baik
Kau begitu menyayangi keluarga mu
Tapi kau tetap tak pernah mengabaikan aku
Aku amat bersyukur kepada Tuhan,
Kerana menganugerahkan suami yg tak reti keluar rumah dgn kawan
Apatah lagi keluar rumah tanpa aku
Sebab aku tau kau memang terlalu sayang kan aku
(tapi kadang2 aku boring gak sebab ke kedai depan pun kau nak bawak aku!)
Walaupun kau terlalu taksub dengan PS2 mu
Sampai kadang-kadang aku panggil 4-5 kali baru kau jawab seru
Tapi itu semua tak pe bagi aku
Asalkan kau sentiasa ada depan mataku
Orang kata sedangkan lidah lagi tergigit
Apatah lagi kite suami isteri
Tapi kau selalu memujuk ku
Suruh ingat ‘kesukaran waktu itu’
Rumahtangga kita kini semakin berseri
Dengan kehadiran cahayamata yang dinanti
Bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Mengetahui
Selepas segala rintangan dan dugaan kita tempuhi
Ku rasa ku patut akhiri ini
Yang sesungguhnya 'I LOVE U'
Ku sentiasa berdoa kepada Yang Satu
Semoga rahmatNya sentiasa melimpahimu
Happy 36th Birthday Papa…

p/s: poem ni ikut main suke apa yang terlintas. Segala kesilapan grammar/structure harap dimaafkan....
Ceritera Oleh Rinuda pada 11:35 PM 2 org dah komen da..
Anak-anak Sedara ku...
hubby ada sepasang anak sedara. panggilan nama mereka abang & adik. abang tahun ni berumur 6 thn, adik lak umur 5 thn. dua beradik nih agak rapat dgn kami suami isteri. setiap kali abg & adik balik JB ataupun kami naik ke KL, kami pasti akan bawak mereka berjalan2. tempat yg mereka plg suka pergi 1-Utama & tmpt makan kesukaan McD. kalau x bwk mereka berjln2, rasa cam tak sah je..
layan kerenah mereka mmg menghiburkn tp kdg2 ada gak menguji kesabaran aku. tp nama pun budak kn..noti2 pun cute. weekend yg lps mereka balik ke JB. sempat la aku bwk mereka ke Tesco & Jusco kt Permas Jaya.
dua beradik nih mmg suka bertanya. kdg2 aku pun fenin nk jwb. ni antara perbualan aku & hubby ngan Abang..
Perbualan 1.
Abang : mak Long, nape kete papa, pak lang dan pak long tak boleh jadi robot?
Mak Long : sebab kete papa, pak lang dan pak long bukan autobot, dia x bole jd bumble bee..
Abang : ooooo...dia pun x bole jd optimus prime? camne dia nk jd optimus prime?
Mak Long : kita kena tukar enjin dia.
Abang : oooo..tukar enjin. enjin tu apa mak long?
Mak Long : ??????
Abang : pak long kenal x decepticon?
Pak Long : tau. dia ada megatron.
Abang : ha...abang tau megatron.
Perbualan 2
Pak Long : abang bile nk balik kl?
Abang : nape? pak long x suke abg balik jb ke?
ada satu ari tu, hubby bwk kete agak laju. tiba2 abang ckp...
"pak long, bawak kete hati2. jgn laju2. abang ada tengok kt tv. anda mampu mengubahnya..." aku nk ketawa ada gak..
ni antara gambo 2 beradik nih...
Ceritera Oleh Rinuda pada 8:15 AM 2 org dah komen da..




