Pada cuti Hari Wesak, saya sekeluarga dan Cuyak telah pergi membuat lawatan sambil belajar ke Zoo yang terletak di Saleng, Kulai. Zoo ini terletak lebih kurang 30 km dari rumah saya. Kami sampai dalam lebih kurang pukul 12.00 tghari. Bayaran masuk bagi dewasa ialah RM12.00 manakala kanak2 RM6.00. Cam mahal ekkkk..
Menurut Pakcik Indon yg berkerja di sini, zoo ini telah dibuka 20 tahun yg lampau. Baru saya tahu pada hari itu. Pakcik Indon itu pun telah bekerja selama 15 tahun. Kalau ada award pekerja paling lama bekerja, tentu Pakcik Indon itu boleh memenangi award itu dengan jayanya.
Sila la nikmati gambo yg saya ambil pada hari tersebut. Banyak gambar saya ambil waktu itu, tapi tak larat nk upload.
Comei kan..
Bising sungguh binatang nih panggil2 Cuyak..
Kura-kura ni ingat depa nih semua kt Miami Beach gaknye..
Ikan Arapaima. Byk sungguh ikan nih. Beso2 lak tu.
Tgh pikir nape manusia nih asyik bg pisang je. Bg la pizza ke..kfc ke..
Last but not least, my busyuk masyam...
Selesai lawatan ke zoo, kami membuat lawatan pula ke IOI Mall, Kulai. Sudah lama saya tidak ke sini. Semasa saya bekerja di Senai dulu, setiap lunch hari Jumaat memang saya akan ke sini. Di sana kami jalan-jalan, makan-makan, lepak-lepak sementara menidurkan Danish.
Dan akhirnya setelah semua keletihan, kami pun pulanglah ke rumah. Sekian karangan saya untuk aktiviti semasa cuti Hari Wesak. Diharap kawan-kawan suka dengan karangan saya ini.
1 org dah komen da..:
Comei arrrrrr budak yg tidur kaki kat atas tuhhhhh.. geget kang baru tahu...
Post a Comment