Imbasan


N3 kali ini agak pjg sbb hari nih ingin ku imbas kembali sejarah pekerjaan ku dari aku grad hinggalah ke hari ini. Aku sebenarnye dulu ngaji Diploma in Banking kt ITM Segamat dr thn 1991-94. Kendian aku sambung belajar amik BBA (Finance) dr thn 1995-97. Masa aku abis belajar tu kan recession. So nk dpt keje mmg susah. Byk surat permohonan aku hntr p byk company, tp xdak reply. Ada lak kompeni yg set interview, tp 1 wk before interview kata nk postpone to unknown date. Pas tu trus senyap.

Mgkn Allah dh tetapkan rezeki aku ada kt kg aku kt Pontian. Tiba2 tangan ku terdial no tepon kilang nih. Dan Alhamdulillah, mmg ada vacancy. HR Manager tu suruh aku dtg interview keesokan harinye dan lps seminggu aku ditawarkan kerja di situ. 16/10/97 tarikh yg x dpt ku lupakan di mana aku memula kan kerjaya aku sbg Personnel Administration Officer di Shimano Components (M) Sdn Bhd. Kilang nih dia manufactured bicycle components and fishing reel and 100% owned by Japanese.



Banyak pengalaman manis dan pahit di kilang ini. Di kilang ini aku byk belajar perkara baru. Erti kerja sebnrnye, persahabatan, politik kerja dan mcm2 lg. Aku punyai best fren yg sehingga ini masih keep in touch. Wong, Chong, Siti, Yee Lin, my boss Mr Chan & Mr Tan, my MD, Mr Chia & ramai lg. Tp jodoh aku ngan kilang nih x lama. Lps aku nikah je aku, aku berpindah ke JB. Aku terpaksa ulang alik ke Pontian setiap ari. Mula2 ok, lama2 bdn aku x thn dan ketika itu aku rasa masa bersama D terlalu terhad. Mana x nye, kul 6.30 pg aku dh terpacak tepi jln tunggu van pick up aku. Kul 7 ptg plg awal aku smpi umah. Pas tu msk, kemas umah sket2 dh pnt, trus zzzzzzzzzzzz. Setiap ari cam tu. Jd aku terpaksa carik keje yg berdktan umah aku. Tp aku mmg syg sgt kompeni nih. Masih ku ingat Mr Chia nk treat aku farewell dinner.

U nk makan kt mane?

Kalau u nk makan kt 5 stars hotel, kite pergi berdua saje.

Kalau u nk bwk beberapa org, kita mkn kt 3 stars.

Kalau u nk bwk 1 HR Dept, kita mkn kt tmpt 1 star je la...

(Bule gitu?.....)

Sampai last day keje, Mr Chia asyik ckp kt aku kalu aku x comfortable ngan kompeni baru, suruh contact dia balik. TQ Mr. Chia. Will remember ur kindness forever.

Kemudian aku bekerja dgn Solectron Technology (M) Sdn Bhd di Senai Johor sebagai Recruitment Executive. Company ni US based. Dr Japanese based ke US based membuatkan aku mengalami cultural shock. Mane x nye, dr kompeni yg penuh berdisiplin dr semua segi ke sebuah kompeni yg begitu flexible. Dr beruniform kepada kompeni yg tidak begitu menitikberatkan etika berpakaian. Aku boleh pakai jeans/t-shirt kalu aku mau. Waktu rehat yg begitu flexible (kire cam suke ati ko le nak rehat bile). Kuar masuk kilang pun setkt tulis nama kt record book kt post guard. Tp lama2 seronok lak. hihihi...Aku dpt colleague baru. Kak Hawa, Yiu Fei, Ida, Inn, Dilla, Elaiza, bos En Fendy dan ramai lg.


Tahun ke 3 aku kt sini, bisnes kilang nih x begitu baik dan terpaksa tutup operasi bg kilang di Johor. Kami diberi pilihan samada relocate to Penang atau VSS. Hampir semua staff memilih VSS. Sekali lg aku terpaksa ber hye hye bye bye ngan kwn2. Masing2 terpaksa membawa haluan sendiri. Selps VSS, aku terpaksa menganggur selama 1 1/2 bulan seblm bekerja di tmpt yg aku kerja skrg.
Kite smbg la next N3...

Tengok la nih...

Syayang mama pusing puting terbalik kt mulut ia...

Exercise ur mind with Masterpieces

Lawatan Sambil Belajar

Pada cuti Hari Wesak, saya sekeluarga dan Cuyak telah pergi membuat lawatan sambil belajar ke Zoo yang terletak di Saleng, Kulai. Zoo ini terletak lebih kurang 30 km dari rumah saya. Kami sampai dalam lebih kurang pukul 12.00 tghari. Bayaran masuk bagi dewasa ialah RM12.00 manakala kanak2 RM6.00. Cam mahal ekkkk..

Menurut Pakcik Indon yg berkerja di sini, zoo ini telah dibuka 20 tahun yg lampau. Baru saya tahu pada hari itu. Pakcik Indon itu pun telah bekerja selama 15 tahun. Kalau ada award pekerja paling lama bekerja, tentu Pakcik Indon itu boleh memenangi award itu dengan jayanya.


Saye sangat suka pergi ke zoo ini kerana masih terdapat banyak haiwan yg gagah perkasa. Berbanding dgn Zoo Negeri yg terltk di tgh2 bandaraya JB di mana haiwan kebyknnya telah membunuh diri dan ada yg masih berusaha utk membunuh diri. Haiwan yg tinggal pula kebanyakannya telah berkerusi roda, memakai cermin mata jarak dekat dan juga bertongkat. Oleh itu walaupun membayar 12 hengget, saya sangat berpuasati dengan apa yg dapat saya lihat.

Sila la nikmati gambo yg saya ambil pada hari tersebut. Banyak gambar saya ambil waktu itu, tapi tak larat nk upload.

Pemandangan dalam zoo



Comei kan..

Bising sungguh binatang nih panggil2 Cuyak..




Kura-kura ni ingat depa nih semua kt Miami Beach gaknye..



Ikan Arapaima. Byk sungguh ikan nih. Beso2 lak tu.


Tgh pikir nape manusia nih asyik bg pisang je. Bg la pizza ke..kfc ke..


Last but not least, my busyuk masyam...



Selesai lawatan ke zoo, kami membuat lawatan pula ke IOI Mall, Kulai. Sudah lama saya tidak ke sini. Semasa saya bekerja di Senai dulu, setiap lunch hari Jumaat memang saya akan ke sini. Di sana kami jalan-jalan, makan-makan, lepak-lepak sementara menidurkan Danish.






Dan akhirnya setelah semua keletihan, kami pun pulanglah ke rumah. Sekian karangan saya untuk aktiviti semasa cuti Hari Wesak. Diharap kawan-kawan suka dengan karangan saya ini.

Akhirnye..

Terjumpe gak aku kulit blog yg aku suke setlh sekian kalinye aku menukar. Suke sgt. Cam budak2 dpt lollypop. Jenuh aku surf mcm2 web. Akhirnye yg ini aku pilih. So, maaf ye kalu semenjak dua menjak nih bukak blog nih asyik tukar baju je (ada ke org bukak..hihihi..). Pas nih lmbt sket tukar kot. Tunggu dh jemu. Tp aku nih mmg cpt jemu. Cam pakai henfon aku tu (ye bang..bile nk dpt henfon baru tuuuuuu...).

Stat sok cuti 3 ari. Aku akan blk kg. (Zie, nk ajak D p Tg Piai le kalu smpt..nnt aku stori mori kalu jd p..). Plan dh mcm2 ada. Jadi tak jadi tak tau le. Tungggguuuuuu dan lihat saje la.

Slmt Bercuti hujung minggu kepada semua. Dan kpd kompeni yg smbg cuti wesak, cuti sakan le semua. Jgn lupe blk keje semula hari Selasa. Till then..tata..titi..tutuuuutttttt...